AUDIT KKM DI OUTLET TUDM JUGRA

Satu pemeriksaan audit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dijalankan di Rumah Masak dan Sajian Pangkalan Udara Jugra oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

Pegawai KKM iaitu Encik Zair bin Parman selaku Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah hadir bagi tujuan pemantauan dan pembaharuan pensijilan BeSS. Lawatan ini diiringi oleh Encik Mohd Khairul Hisham Shahar selaku Pengurus Outlet.



Pensijilan bagi pengusaha makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Trust MyCatering dan BeSS merupakan mekanisma kawalan keselamatan makanan yang komprenhensif bagi industri katering. Ia merupakan satu tujuan memastikan pematuhan kepada keperluan keselamatan dan kualiti makanan.

Secara keseluruhan, pihak KKM sangat berpuas hati dengan prestasi kebersihan di Rumah Masak dan Sajian Pangkalan Udara Jugra.

Hal ini dapat digambarkan dari hasil penilaian yang diberikan oleh pihak KKM dengan menunjukkan markah yang diperolehi dengan begitu cemerlang iaitu 97.7%.