SUMBANGAN KEPADA PENGUNDI AWAL PRU-15

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan susulan pembubaran Parlimen yang Ke-14 pada 10 November 2022. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh hari mengundi awal yang melibatkan lebih daripada 200,000 orang pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera. Mereka menjadi kumpulan pertama dalam proses pengundian menerusi PRU15 yang telah dilaksanakan pada 15 November 2022.

Desatera Sdn Bhd telah menyumbangkan air mineral dan roti kepada pengundi awal sempena PRU15. Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh pengurus-pengurus outlet syarikat kepada wakil pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Sumbangan tersebut telah diagihkan kepada semua outlet yang berkenaan.

Antara outlet yang terlibat dengan penyerahan ini adalah seperti berikut :

1) Pasukan 73WKSP seramai 2968 orang bagi Pusat Pengundi, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka.

2) Pasukan 96DPP seramai 2490 orang bagi Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Melaka.



3) Pasukan Markas Garison Gemas seramai 3864 orang bagi Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan.

4) Pasukan Markas PUSASDA seramai 3621 orang di Pusat Mengundi Dun Bagan Pinang Port Dickson, Negeri Sembilan.

5) Kem Kementah seramai 7492 orang di Dewan Makan Tentera, Kem Kementah, Kuala Lumpur.

6) Pasukan TUDM Jugra seramai 568 orang di Pusat Mengundi, Markas Rejimen Pangkalan Udara Jugra Banting, Selangor.

7) Pasukan Markas 12BGD seramai 1495 orang di Dewan Makan Tentera, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Sumbangan telah diterima dengan baik oleh semua wakil pasukan Angkatan Tentera Malaysia.