SUMBANGAN ZAKAT JHEV ATM 2022
Pengarah Eksekutif Desatera Sdn Bhd, Tn. Hj Sharriffudin Ahmad Taff dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Paduka Nor Feizal Nurbi telah hadir ke Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia bagi penyerahan sumbangan Zakat Perniagaan 2022.
Sumbangan zakat tersebut yang berjumlah RM 200,000 diserahkan atas nama Tabung Zakat Yayasan Veteren Angkatan Tentera Malaysia.
Sumbangan ini telah diterima oleh YBhg. Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Hj Darus selaku Ketua Pengarah JHEV ATM.
Atas kesedaran ummah, Desatera Sdn Bhd tidak ketinggalan dalam memberikan sumbangan zakat perniagaan kepada pihak JHEV ATM yang berperanan dalam memberikan bantuan kepada para anggota asnaf ATM.
Semoga sumbangan zakat yang diberikan ini dapat menyantuni hal-hal kebajikan anggota ATM dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.
